Sunday, December 12, 2010

Sinking First Son?



Everybody should happy with their family perspective. Bayangkan kalau ayah kau sendiri tak henti henti tgk kau macam budak kecik lg, aku anak sulung and benda ni lah yang aku tanggung. Aku tabik semua anak sulung yang berjaya kat atas dunia ni. Well done *shake hand. (lepastu sepak semua barang kat depan aku)



Family problems almost ruined almost 70% of teenagers life. And I am being ruined by this family problems. Sometimes bila aku tak kena marah kat ayah sendiri rasa okay je hidup ni, tapi bila 'saat tu terjadi' masa tu la aku rasa macam *. Rasa macam dunia berhenti disulami dengan api membakar telinga serta hati. [*hiperbola la ni]



Dah 8 tahun aku mula sebati hidup dengan muzik sebagai medium untuk aku lepaskan stress. Tapi bukannya terpadam semua stress aku. 19 Tahun aku tarik oksigen pun tak cukup lagi untuk dapatkan perspektif sebenar dari orang tua aku nak tengok aku sebagai orang yang dah cukup matured.

Aku pun still wondering, parent siapa lah kat atas dunia ni yang boleh adopt something dalam mind diorang dan pandang anak pakai perspektif yang lebih baik? Maksud aku sebenarnya aku terbayang apakah sebenarnya umur seseorang anak yang diperlukan untuk membuat parent tengok si anak dia ni sebagai orang dewasa? Dewasa dan boleh bawa diri? 20? lambat lagi.Plus aku rasa mengarut gila, sampai malam ni aku terfikir. It depends on your parent, truly. Sekali lagi, IT DEPENDS ON YOUR PARENT!

Aku rasa orang lain yang baik dan pakai bahasa yang sopan perlu bertuah lah sebab tak perlu tulis macam apa yang aku tulis ni, sebab ada inspirasi "parent yang memahami anak mereka dan guna cara bercakap yang bagus semasa berinteraksi serta faham apa yang dialami oleh anak mereka" .

Bila fikir balik, aku tak sama dengan diorang. Every person came with different specialties and weakness. The most weakness dalam diri aku SEKARANG adalah lemah dalam social skills, tapi aku TAK lemah dalam buat keputusan.

Kalau aku stress pun, aku tak pernah hisap rokok, tak pernah buat percubaan untuk bunuh diri ataupun pendek kata, aku tak pernah terfikir nak buat kerja gila. Tak pernah face to face dengan diorang and cerita pasal benda ni, except pasal masalah study , memanglah .. sebab diorang nak tengok anak diorang berjaya suatu hari nanti. Cakap pasal jasa pulak, aku tak kisah buat baik. *angkat tangan. "Ya Allah, aku dah gembira sebab kau bagi aku hidup dengan senang, aku nak cari jawapan di sebalik semua benda ni. Aku nak tau kenapa parent aku sendiri tak henti henti tengok aku macam budak kecik, aku bukan takut nak bersuara. Tapi aku tak berani melawan sebab diorang parent aku." Fullstop.

Yeahh. Aku pernah gagal banyak kali, tapi bila dah nak masuk 18, ada jugak improvement. SPM aku okay, aku dapat masuk kolej, sekarang dah nak masuk UiTM! Ape lagi nak dibandingkan dengan anak orang lain kat luar sana yang takda kerja kat rumah, takda masa depan? Aku lakar masa depan sendiri dengan usaha aku lah. And of course dengan support dari parent!

Kadang aku putus asa sebab dah banyak kali aku dimalukan depan orang ramai sebab kena marah kat ayah sendiri, aku dah besar panjang, tapi dia marah aku macam budak budak. Depan orang ramai, disebabkan seorang kerani yang tak tahu pape, merendahkan course yang aku dapat kat UiTM tu, sadly ayah aku join sekali merendahkan course aku ni. Ironinya, kalau ayah korang mesti dia protect kau, but not him.



MERDEKA. benda ni la aku cari. Steps: Pergi jauh jauh dari masalah ni, cuba hidup macam youth yang lain, A HEALTHY YOUTH.


Bila fikir balik, aku dah tak sanggup tunggu air sedangkan aku hidup dalam api yang sekejap ada sekejap takda ni. Tapi jantung aku kata, buat apa tuhan bagi kau nyawa and suruh kau hidup kat dunia dia ni? Kau taknak cari jawapan? Kalau jumpa nanti takkan kau baru nak tahu Tuhan ni hebat?